Kempen Derma Darah di Inanam Sabtu ini

Pengerusi Penganjur kempen dan juga Pengerusi KRT Pekan Inanam Datuk Wong Thien Fook (dua dari kanan) menerima surat kelulusan menggunakan ruang legar tugu Peringatan Pekan Inanam daripada pegawai DBKK (Bahagian Harta Benda) untuk Kempen Derma Darah.

INANAM: (11 April 2019) Orang ramai khususnya penduduk sekitar Inanam digesa hadir menderma darah Sabtu ini (13 April ) bertempat di Tugu Peringatan Pekan Inanam bermula dari Jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, Kempen Derma Darah adalah anjuran KRT Pekan Inanam dengan kerjasama Pendarah dan Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth dua.

“Kita juga telah mendapat sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Negeri, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Kesihatan Negeri dan UPKO Bahagian Sepanggar.

“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang goodies dan yang menyumbang tenaga, idea dan wang ringgit serta penglibatan semua KRT Kawasan Inanam seperti KRT Bambangan, KRT Pomotodon, KRT Pekan Inanam, KRT Minintod, KRT Pangasaan, KRT Nountun, KRT Kionsom dan Kobuni untuk menjayakan kempen kali ini.

“Pihak Penganjur telah menyediakan lebih 100 kampit beras 5kg untuk penderma terawal. Pendarah sendiri telah menyumbang 50 kampit beras untuk itu hadirlah untuk memberikan sokongan,” kata Alix.

Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah boleh menghubungi terus Pengerusi Penganjur kempen Datuk Wong Thien Fook 019 8806731 atau Joe Joitol 017 8861003