Kempen Derma Darah di Inanam Sabtu ini

Alix (Kiri) menyerahkan beras kepada Encik Jilus Barry Motugil (Kanan) Pengerusi KRT Kg Nountun Inanam dan Encik Flavian Eligius (tengah atas) Pengerusi MPKK Kg. Pengasaan Inanam mewakili Datuk Wong Thien Fook. Pengerusi KRT Inanam dan selaku Pengerusi Penganjur kempen.

INANAM: (28 Ogos 2019) Orang ramai khususnya penduduk sekitar Inanam digesa hadir menderma darah Sabtu ini (31 Ogos) bertempat di Tugu Peringatan Pekan Inanam bermula dari Jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, Kempen Derma Darah sempena sambutan hari kebangsaan adalah anjuran bersama KRT Pekan Inanam, KRT Nountun, KRT Bambangan, KRT Pangasaan, KRT Minintod, KRT Kionsom/Kobuni, KRT Pomotodon, dan KRT Kironggu dengan kerjasama Pendarah dan Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth dua.

“Kita juga telah mendapat sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Negeri, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Kesihatan Negeri dan UPKO Bahagian Sepanggar.

“Pihak Penganjur telah menyediakan lebih 100 kampit beras 5kg untuk penderma terawal. Pendarah sendiri telah menyumbang 50 kampit beras untuk itu hadirlah untuk memberikan sokongan,” kata Alix.

Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah boleh menghubungi terus Pengerusi Penganjur kempen Datuk Wong Thien Fook 019 8806731