Kempen Derma Darah Ahad ini di Kampung Bambangan Baru, Inanam

INANAM: Orang ramai khususnya masyarakat Kampung Bambangan Baru, Kampung Poring-Poring, dan penduduk sekitar digesa hadir menderma darah ahad ini (25 April ) bertempat di Balai Raya Kampung Bambangan Baru bermula dari Jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen kali ini adalah anjuran bersama Persatuan Thalassaemia Sabah, UPPM N.16 Inanam, JPKK Kg. Bambangan, Kg. Poring-poring, Pendarah, Bulan Sabit Merah Malaysia Kota Kinabalu dan Jabatan Perubatan Transfusi Darah HQE II

“Kami mengharap agar lebih ramai golongan muda atau belia tampil untuk menderma darah bagi melaksanakan tanggungjawab kita bersama membantu masyarakat memerlukan.

“Pihak Penganjur telah menyediakan goodies 50 kampit beras 5kg untuk penderma terawal.” kata Alix.

Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah tersebut boleh menghubungi Pengerusi Persatuan Thalassaemia Sabah, Encik Francis Mujim 01114118557. – SabahanNews.com