26 NGO dan syarikat anjur Kempen Derma Darah pada 25-26 Januari

SUMBANGAN: Alix (lima dari kanan) menerima sumbangan untuk pembelian goodies daripada Persatuan Kebajikan Bambarayon Kg. Kopungit, Kota Kinabalu (Bambarayon) yang disampaikan oleh Penegrusinya Willie Belugu (enam dari kanan) serta disaksikan oleh sebahagian ahli-ahli dan AJK Bambarayon.

PENAMPANG: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) bersama 26 NGO dan syarikat akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada 25 dan 26 Januari ini bertempat di ruang legar tingkat bawah ITCC Penampang, bermula jam 10.30 pagi hingga jam 4 petang.

Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, antara NGO lain yang telah bekerjasama adalah Pertubuhan Orang Asal Sabah (Orang Asal), Akademi Forex Malaysia (AFM), Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (Perdarah), ITCC Penampang, Persatuan Thalassaemia Sabah (Thalassaemia), Event Finders, Ahmadiyya Muslim Community dan Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit Kota Kinabalu (Bambarayon).

Juga turut serta ialah Pertubuhan Kebajikan Melati Sabah (Melati), Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nuluh Kopungit (Pekebun), Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), McDonald’s, AtukoiFM, ArtVision, MSU Collage Sabah, Green Buddy, Pertubuhan Kebajikan An Nur Inanam, D’Seven Travel & Tours Sdn Bhd, BeritaSabah.com, Kinabatangan Wildlife Lodge, D7’ Rays, Amantika Graphic & Design, Persatuan Pemilik Trak Navara Sabah (PPTNS) dan Jabatan Tranfunsi Hospital Queen Elizabeth Satu dan Dua.

“Marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab sosial. Kami amat mengharapkan sokongan orang ramai agar sama-sama menderma darah untuk membantu pihak hospital mendapatkan bekalan darah.

Katanya, pihak penganjur juga telah menyediakan goodies beras 5kg kepada 200 orang penderma terawal.