122 pain darah dikumpul dalam lima jam

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir menderma Darah

Kota Kinabalu: (1 September 2019) Sebanyak 122 pain darah dikumpul dalam tempoh lima jam pada kempen derma darah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam di Tugu Peringatan Inanam di sini, semalam.

Kempen berkenaan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah), Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Sepanggar.

Pengerusi KRT Pekan Inanam, Datuk Wong Thien Fook, berkata tujuan utama kempen berkenaan diadakan adalah bagi mengisi tabung bekalan darah HQE 2 yang sentiasa diperlukan.

Katanya, kempen berkenaan juga diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan selain meningkatkan kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat yang tidak putus hadir untuk menderma darah.

“Hari ini, kita menerima kehadiran penderma seramai 167 orang namun hanya 122 orang saja yang boleh menderma darah,” katanya.

Alix (tiga dari kiri) menyampaikan goodies berbentuk beras kepada salah seorang penderma darah.

Orang ramai terpaksa berbaris panjang menunggu giliran menderma darah.

Wong (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahari kepada Alix (empar dari kanan)